Sunday, November 27, 2011

Match Preview: Malaysia vs Bahrain (AFC Olympic Qualifier)

Prestasi skuad Harimau Muda tidak dapat dinafikan semakin meningkat. Buktinya kemenangan mereka menggondol pingat emas Sukan Sea 2011 baru2 ini menundukkan pasukan tuan rumah. Ramai berpendapat kemenangan tersebut hanyalah sekadar nasib memandangkan pemenang ditentukan dengan sepakan penalti selepas tamat 120 minit permainan.




Namun pada saya, ia sudah cukup membuktikan yang rantau asia tenggara sudah ditundukkan. Mereka akan mara selangkah ke depan lagi jika mereka berjaya menundukkan Bahrain malam ini (27/11/2011). Kekalahan pada Syria secara kasarnya sudah boleh dijangkakan kerana hampir semua pemain yg diturunkan beraksi untuk Sukan Sea 2011. Keletihan dan kekurangan stamina telah dijangkakan. Selepas kalah dalam dua pertemuan sebelum ini mereka perlu menang bagi menentukan slot ke playoff kelayakan.

Ong Kim Swee juga turut yakin dengan prestasi latihan pemain selama 3 hari selepas kalah di tangan Syria rabu lepas. Para pemain semakin pulih walaupun belum 100% dlam latihan di wisma FAM semalam. Saya secara peribadi mengharapkan skuad yang bakal diturunkan OKS malam ini dapat menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan ngauman Ultras Malaya yg bakal membanjiri stadium.

Apapun sama-sama kita menyoong skuad Harimau Muda kita! Tanah Tumpah Drahku! Selamanya Harimau Malaya!
p/s: Jangan buang botol/mercun ke tengah padang. tepi padang xpe. hahahaha!
HopeAvatar: aku? aku nk pegi gak!!!

No comments:

Post a Comment